Tuesday, June 12, 2012

Iman Yusuf hits 3


Iman Yusuf in a nutshell


Stay tune for more updates later...*Yawn* hehehe

Tuesday, January 3, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, April 15, 2011

Of New Adik

Sudahkah saya beritahu yang saya akan mempunyai adik tidak lama lagi?
Mummy di jangka kan bersalin pada bulan puasa, iaitu bulan Ogos.
Saya memang tidak tahu apa-apa tapi sebab pada bulan ini ramai sungguh kawan Mummy yang bersalin, saya di ajar untuk suka 'newborn baby'.

Saya pun baru dapat sepupu baru bernama Dhia Aliya.
Dia comel, saya suka bantal bantal dia.
Kalau boleh saya memang mahu baring sebantal dengan Aliya.
Tapi tak muat pula (T__T)

Nak main dengan Aliya, Aliya kecil lagi.
Nanti bila adik keluar, dia pula kecil lagi nak main..
UUUhhh..kena tunggu la.
Saya dapat adik lelaki nanti, insyallah.

Kalau Mummy cakap baby, saya akan pergi perut Mummy dan pukul.
Lepas tu kalau Mummy cakap sayang baby, sayang, baru saya usap perut Mummy.

Saya harap jarak 2tahun akan membuatkan kami jadi 'best friend' :)

Sunday, April 3, 2011

2 months before I hit 24

Saya sudah dapat tidur malam dan tidak menggunakan puting (pacifier)


Mummy and Daddy was so proud of me.. :D

Monday, November 1, 2010

Weekend with the fishes

Saya sangat sibuk semalam.
Sibuk bersihkan kolam ikan koi.
Sila lihat gmbar untuk cerita yang lebih jelas.

1/ Mula-mula keluarkan ikan ke besen, lepas tu curah curah air bagi air banyak sikit.



2/ Lepas tu mari kita jirus air ke dalam kolam..perlu masuk ya utk cucian yg lebih bersih.


3/ Sebarkan air ke kiri dan ke kanan.


4/ Biarkan air sehingga penuh, sambil sambil boleh main air pancut :P


5/ Lepas dah penuh sikit, boleh masukkan ikan koi ke dalam kolam.



6/ Lepas dah penuh dan dah masukkan ikan ikan koi ke dalam kolam, boleh lah duduk di tangga, dan berjinak dengan ikan koi sekalian sambil jirus air paip.

Gambar kena paksa naik atas sebab dah basah lencun dan kena paksa mandi tidak dapat di rakamkan akbiat dari saya yg meronta-ronta. Sekian, terima kasih..:D

Tuesday, October 26, 2010

16

Iman Yusuf berumur 16 bulan hari ini.
16 harus diingati sebab Iman Yusuf lahir 26 bulan 6.
6 adalah nombor bertuah Iman Yusuf :P
Happy 16 Months anak mummy..:)

Monday, September 6, 2010

Copy Cat

LeLove Image Resource
Saya pandai meniru apa yang orang buat disekeliling saya sekarang.
Saya perhati, dan meniru dengan gaya saya.
Buat lah apa pun, saya mesti tiru dengan bersungguh sungguh.

Semalam saya dapat satu idea baru.
Percubaan menolak peti sejuk.
Ughhh ughhh...konon konon macam tolak peti sejuk tu.
Memang tak gerak pun saya tahu..hehehehe
Action jek.

Lepas bosan saya pergi hall depan.
Tengok pintu buka, saya tanya diri saya; macam mana rasa grill tu eh?
Jadi untuk tahu, saya pun jilat jilat.
Mummy terus bawa saya jauh jauh.
Atau lebih nasib malang, mummy akan terus tutup pintu.
Owwhh..malang malang.
Takde benda nak buat kat situ jadi saya akan pergi turun naik sofa pulak.

Mummy beli sofa yang boleh adjust head-rest dia, wah yeay..itu pun benda menarik untuk di mainkan.
Naik atas sofa, gerak-gerakkan head-rest. Mummy cuma geleng kepala jek.
Tggu sampai saya pandai pulak, panjat dan terjun ya mummy!

Mummy bawa saya naik atas, duduk kan saya dengan Daddy lepastu Mummy solat.
Saya suka kacau Mummy solat. Kalau takda orang jaga saya, nanti saya akan tarik telekung Mummy sampai terbuka.
Saya kena ada sejadah sendiri-tertonggeng-tonggeng macam orang nak ruku' ke sujud ke.
Lepas Mummy habis solat, saya duduk dengan dia, dan baca doa.
Agak-agak saya bosan, saya lari pergi naik katil.
Mummy nyanyi Allah hu akbar, lepas tu Mummy nyanyi " La ila hailla Allah.."
Lepastu saya carik bantal dan baring.
Lagu tu Mummy selalu nyanyi bila saya nak tidur kan?
Jadi saya cari bantal la..:D

Tak kira la apa yang saya buat, saya tahu Mummy loves me, kan Mummy kan?